Tuesday, November 18, 2014

Anak-Anak Ini...

Assalamualaikum w.b.t


Anak-anak ini..
Hadirnya kita nanti,
Lahirnya dengan ikatan suci,
Kecilnya ditatang tak berbelah bahagi,
Tak lekang dimata dan hati.

Anak-anak ini...
Besar sedikit boleh bawa diri,
Tidak perlu sentiasa disisi,
Semakin lama buat hal sendiri,
Tiba-tiba...
Kita rasa tak diperlukan lagi.

Anak-anak ini...
Berdepan masalah kita tak dicari,
Tinggal di syurga gelisah hati,
Kawan-kawannya lebih sejati,
Kita mula rasa tak dihargai.

Anak-anak ini...
Kita rasa tak boleh begini,
Rasa yang hilang perlu diganti,
Dewasa entah bagaimana nanti,
Apatah lagi sudah ada anak bini.

Anak-anak ini...
Konon kita kerja separuh mati,
Pagi petang seminggu lima hari,
Selalu juga seminggu tujuh hari,
Alasan untuk mereka juga nanti.

Anak-anak ini...
Sabtu ahad bagi kita inilah hari,
Tak mahu diganggu rehatkan diri,
Tanpa sedar anak ke tepi,
Bersama kita tiada aktiviti.

Anak-anak ini...
Kita ini masih mencari,
Moga salah dapat diperbaiki,
Permintaan wajar kita penuhi,
Moga syurga ini kembali harmoni.

Kita ini....
Bermuhasabah diri.

Nukilan :
Juetas jr.
9.11.2014

No comments: