tajuk agak serius di situ yer tuan2 dan puan2... Ceritanya bermula begini...
Sabtu lepas merupakan hari ganti persekolahan bagi murid2 SKPP11(2). ingatkan budak2 jeklah kena bngun awal, mama leh sambung tido hingga mata rasa nak buka, badan rasa nak bangun. rupa2nya.. dapat surat mengatakan ada taklimat mengenai KSSR dan agenda sign report card si Irhan. so...mama pon kena la bngun awal.
oh...naper baru nak sign report card Irhan?? sebab ada la kekangan2 yg dihadapi sek. yang utamanya coz Guru Besar lama bertukar dh ujung tahun.so, persiapan tuk taklimat n laporan2 tak dapat disiapkan pada tahun lepas 2011.
Untuk makluman, sistem sekolah rendah telah ditukar yer... klu before nie kita guna Sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). tapi ianya telah ditransform untuk memastikan kurikulum anak2 kita lebih holistik dan relevan dgn peredaran semasa. ha... hambek kau ayat gomen aku tue! So, start 2011 sek2 telah guna sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). so... si irhan nie dh jadi one of the pioneer student la for this system.
KSSR nie fungsi utama dia adalah penilaian bukan berorientasikan peperiksaan lagik. ada 6 fokus utama KSSR termasuklah komunikasi, kerohanian, kemanusiaan, ketrampilan, perkembangan fizikal & estetika dan penguasaan Sains & Teknologi melalui penerapan 4M iaitu Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul, bukan lagi 3M seperti sebelum nie.
pada pendapatan tak berapa nak bnyak aku..KSSR nie jika dilaksanakan dgn teratur dan betul, Insya'Allah Malaysia dapat melahirkan modal insan yang bagus dan cemerlang. Wahh!! akak ko dh start semangat bercakap nie... kenapa aku ckp cam tue?? sebab melalui KSSR murid2 iaitu anak2 kita akan diajar bukan teori semata2 tetapi praktikal dgn tertib2 tertentu. anak2 dilatih untuk menilai dan menafsir apa yang boleh dan perlu dilakukan, apa yang tak boleh! selain develop communication skill dan ketrampilan dorg nie. so, anak2 kita akan jadi la cam anak2 mat salleh atau jepun yg selalu kita tgok kat TV tue, umur 4-5 tahun pon, bila kita tanya soalan, bertalu2 jawapan keluar dari mulut dorang. wakakakaka... rasanya tak jadi masalah sistem nie klu kat Irin Irdina. ha3...most of the youngster kat Malaysia ni, klu kita peratikan... bila kita tanya aper2 soalan, dorg tersipu2 menjawab. tul tak?
so, disebabkan result penilaian irhan tidak diberikan pada tahun 2011, kami telah tersalah assumed akan kebolehan anak kami tue. bila masuk darjah 2, dia ditempatkan ke kelas 'lain', bukan lagik kelas Petunia yg dianggap kelas 'pertama', dia telah dimarahi dan didenda. ermmm... betul2 rasa bersalah. :(
rupa2nya, penerangan dari mantan cikgu kelas dia, penentuan kelas bukan dah berdasarkan pandai atau tidak nya murid2 tue. sekolah dh seragamkan budak2 nie tanpa mengira kelas dah.. so, untuk menebus kesalahan aku, aku bawa la dorg makan KFC. hihihi... [tips : klu ibu bapa buat salah, kena minta maaf pada anak2 and jelaskan kesalahan anda pada mereka okeh....]
so, nielah resut si irhan...
math - band 4
BM - band 4
BI - band 3
PI - band 3
Sains - band 3
PJ - band 5
Kesihatan - band 4
Muzik - band 3
seni visual - band 3
b. Arab - band 2
sebagai perintis kepada sistem baru nie, aku tak pastilah sama ada keputusan nie adalah keputusan yang cemerlang, ok, biasa2 atau teruk. tapi yang pasti aku akan try bagi lebih perhatian pada anak2 lah. mcm yang aku nyatakan azam aku tahun nie...
tapi bab bahasa arab tue... huhuhhu... cam ner nak kater ek... mama dia pon tak belajo bahasa arab weh....cam ner aku nak ngajo nya???
oh... lupa nak habaq mai, KSSR guna band2 okeh. dh mcm MUET lak ek? so... band 1 nie umpama budak TAHU jek benda dorg belajar tue. band 2 TAHU & FAHAM sahaja. bnd 3 lak dorang TAHU, FAHAM dan boleh BUAT. band 4 mengikut apa yg aku faham la nie... budak2 nie TAHU, FAHAM, boleh BUAT dan boleh communicate lak ngan cikgu. band 5 - TAHU, FAHAM, boleh BUAT dan boleh berkomunikasi dengan tatabahasa dan intonasi yang tertib dan TERPUJI. terpuji means diorg leh bantu lak kengkawan lain. band 6 lak mmg Cemerlang, Gemilang, Terbilang la weh... sebab aper aku ckp gitu? sebab band 6 nie, murid2 leh buat 'perkara baru' lak dari subjek yg dia belajar tue...ha...sebab tue aku ckp klu implement betul2 sistem nie, mmg terbaek la kan...
so... ini semua sebenarnya nak overcome masalah graduan kita yang kebanyakkan 'pandai' tapi bile suh buat keje tak tau... contoh mudah la. kita tau wayar bumi kaler aper, wayar idup kaler apa, nuetral kaler aper... tapi biler pasang, benda tu tak 'on' pon... dlm erti kater lain eksperimen gagal. dulu subjek fizik selalu weh dapat result eksperimen gagal nie.hahaha....
ok...mudah2an perancangan Kerajaan tue akan terlaksana dengan baik. sebagai ibu bapa kita perlu support la benda nie. tak leh la harapkan guru2 jek weh... guru pertama sebenarnya ibu bapa tue sendiri. okeh..
kepada kengkawan yang ada anak baya irhan, atau tahun nie darjah 1; kena la kita mak bapak ambil langkah awal dulu. mana2 anak yang agak pemalu atau malas bercakap tue, jom la kita rajin2 ajak berborak. berborak perkara2 ilmiah okeh kengkawan. nmpak cam poyo kot klu org dgr aku borak ngan anak aku "irhan, cuba bagitau mama kenapa pokok tue kaler hijau?" "aper yang ader kat ruang angkasa kita nie irfan?" " saper leh bgtau mama macamana hujan leh terjadi?"... helllooo!!! poyo tak poyo... tapi rasanya itulah langkah awal kita kena buat...
klu rasa pendapatan aku nie betul n baik, boleh cuba, try, test. klu rasa salah... korang buat la cara korang sendiri. hahahaha.... atan tak kisah...