memang kitorg jalan sakan okeh... bermula ahad 27 Nov dh gerak2 khas ke rumah pak cik kat Teloi, Kedah.kami tidoq satu mlm kat umah beliau. kitorg ke utara naik kete lalu genting, batang kali semua tue la....
28hb gerak ke rumah along lak kat Bayan Lepas, Penang. sempat la g pesta Penang no.... hari pertama buka kitorg terjah, so... tak gamai org. mayb sebab org penang pon lom tau kot...kih3....
29hb lak terbang la kami ke Pulau Lagenda, Langkawi.
tgok la budak serabai tue... elok2 ikatkan rambut dia g cabut. haih geram!
bersama ibunda terchenta
memula mmg niat nak g celebrate anniversary, tapi si along lak nak ngikut sama... dh tak jadi honeymoon la.... alang2 along ikut, ajak la mak sekali. naper tak bawak abah?? sebab si rohe cuti, so kena la dia berada di rumah menemani rohe... hu3...
disebabkan nak sgt bercuti kan?? so, kena la menguruskan masa dengan tepat agar percutian benar2 'berkualiti'. klu setakat nak duk bersantai kat bilik hotel, bek tak yah! so.... sesampai kat langkawi lebih kurang kul 2.30ptg, kitorg terus cari kete sewa n gerak ke tempat2 percutian menarik di sana.
tempat pertama dituju adalah cable car.
mak gayat nak.... tobat tak naik dah. cam nak luruh jantung...hu3. mak tak mo naik, sebab dia dh ader experience nek cable car kat genting. dia seriau... yg kat sini lagik tinggi ko...
kami anak beranak di atas puncak Gunung Mat Cencang.
turun cable car, baru la check in kat Malibest Resort, Pantai Chenang. tepi pantai kau....
nak family room, tapi dh fully booked. so, depa bagi bilik chalet yang bersambung antara 2 bilik nie... not bad! best...
sewa livina seh.... untuk 5 dewasa dan 4 org kanak... muat sgt...
30hb pepagi dh bangun n bersiap ke Under Water World. uuu... tiket leh tahan bas mahalnya. al maklumlah, cost nak bawa penguin ke sini kan....aper2 pon mmg best kat sini.
pas tue gerak khas lak ke Makam Mahsuri. [tempat2 yang WAJIB g klu kiter ke Pulau Lagenda nie yer tuan2 dan puan2]
2 jejaka yang mengagumi kecantikan anak perempuan pandak mayah
simbolik buai si Mahsuri. tapi anak dara i nie pon tak kurang cantiknya cam Mahsuri kan? kan? [perasaan....seorang ibu] ;p
pas tue ke wild life park lak.... cam2 binatang ada. yg best kiter leh bagi makan kat hewan2 nie...
cth : raccoon..
burung unta....
monyet.... [irin irdina sakan weh berborak ngan monyet nie. tak paham aper dia cakap. siap masuk2 kan jari lagik. mmg tak geti takot ini budak]
ada burung2
siap burung tue makan atas tangan kita lagik...
pas tue ke sini lak....
nie tempat tersimpannya cederahati2 dan anugerah2 yang diterima oleh Mantan PM kita Tun Mahathir dan isterinya... bnyak weh..... tak lalu nk ambek gmbor. dari yg semahal2nya, smpai la yang paling simple iaitu kad2 ucapan dari rakyat. baguih dok ada...
memang idola kami laki binik...
antara gambar2 nostalgik beliau
oho... ini adiah dari Kerajaan Pok Nik weh... Kelantan.
destinasi seterusnya.....
Dataran Helang...uuuuu.... big bird kata irdina
eh, kata pra anniversary celebration...mestilah ader gmbar2 lomantika di amor... hahahaha
aktiviti seterusnya... shoppingg!!!! uuuu ai loikee..
dh penat berjalan smpai ke malam buta, hari terakhir kami (01 Dec) di Langkawi hanya berkisar di chalet penginapan sahaja....
get ready to speed the speed boat u all...
selepas puas bermandi-mandian kami check out. tetiba ada lak plan nak g satu tempat nie.... Gunung Raya. Gunung tertinggi di Langkawi. lebih 700meter tinggi dari Gunung Mat Cencang tue..
tapi kat atas nie tak dak aper yg menarik. just mencuci mata dgn panorama yang sgt chantek. Maha Suci Allah..
ok... masa dah sampai untuk balik semula ke Penang.
adiah irdina daripada papa. murah jek weh... rm 55 jek. dh la bulu dia lembut. klu kat sini harga rm90 ke atas okeh... rm90 tue pon dh abih kautim tau. [experience sendiri beli bear2] hihihihi....
jom balik!
kenangan....
pergh!! betul2 letih... tapi mmg best!!
02 Dec, kami bergerak pulang ke Pahang dgn bonet yang 'sarat'...kih3....
cuti2 mesia yang best okeh!! nak lagi, nak lagi....





0 comments:
Post a Comment