Friday, October 7, 2011

Budget 2012

wahahaha... budget 2012 telah diumumkan... so, anda puas hati?? bagi aku,yg boleh aku ckp..Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah atas rezeki yg diberikan..terima kasih Kerajaan. antara yg aku suker dengor adalah :



  1. opkos la sebab akan dpt bonus lagi bulan Dec ni. 1/2 bulan gaji pon dh bersyukur sgt
  2. skim baru bg penjawat awam. biler skim baru maka ada pelarasan gaji baru. gaji naik 7% - 13%. walaupun tak bnyak, tapi tetap bersyukur...
  3. pergerakan gaji tahunan rm80-rm320 . errmmm... sedap sikit dengo.
  4. budget untuk bantuan penjawat awam melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sarjana ditambah. aku ada niat nk sambung belaja amek master. doakan yer kengkawan...
  5. setiap pelajar sekolah ren dan menengah dapat bantuan rm100. hihihi...anak i 2 org sekolah ren u...rezeki dorg la tue.
  6. yuran sekolah 2012 dimansuhkan. yeeaaayyyyy!!! best kan jadi mak bapak?
ermm... rasanya bnyak gak insentif2 lain. ha!! lagi 1 yg menarik perhatian aku.... 

"sebanyak rm40 juta akan diperuntukkan bagi memperbaiki infrastruktur bekalan air terutama di kawasan2 yg sering menghadapi masalah bekalan air seperti di negeri Pahang, Kedah dan ...."[aku tak ingat negeri mana lagi satu].

kenapa aku suker statement nie? sebab aku selalu baca dlm FB kengkawan segugusan Felda ngan aku kat Bera tue. asyik duk kutuk kerajaan, tak puas hati sebab umah dorg tak dak air waktu balik musim2 cuti/perayaan. kekdg tgn aku gatal gak menjawab bg dorg panas telinga [ke panas mata?] baca respond aku..kih3 

yer la... mak pak dh bg belajar pndai2,keje bagus2, tapi hidup asyik nk mengharap. aper yg aku tau... saluran paip kat felda2 pahang tue dh lama n saiz adalah kecil. biler penggunaan air memuncak dh tentu lah saluran yg bersaiz kecil tu tak mampu nk tampung. mengikut kata adik ipar aku yg keje kat syarikat air Johor, [pd firasat dia la] saluran air utama kat jalan2 raya besar dh ditukar ke saiz yg lebih besar.masalahnya adalah sambungan paip ke rumah2 penghuni tu yg masih lama. jadi untuk menukar ke'semua' saluran paip itu mestilah memerlukan 'masa' dan 'kewangan' yg mencukupi. jadi wajarlah mengambil masa sedikit. namun begitu, [ayat gomen dia dh keluar....] ada segelintir manusia yg tidak pndai bersyukur [tue satu], duk mengharap bantuan jek mmg dh sah la tue, malahan asyik mengondem tanpa mencari atau memberi jln penyelesaian. huh! 1 sen pon tak guna la org cam nie... pastu asyik ckp nk tukar kerajaan lain. ceh! mcm la kerajaan 'lain' tue leh bagi air paip yg mencurah2 kat dorg..hihihi... 

bapak kami [yg tak pndai duk mengharap bntuan tue] sanggup keluar duit sendiri untuk pasang paip pam letrik demi kemudahan anak cucu yg balik beramai2 tau...kami tak dak masalah bekalan air pon... bukan tak percaya pada Kerajaan, tapi tahu yg bnyak lagi tangunggan kerajaan terhadap perkara2 yg mungkin lebih kritikal. aduan2 yg dibuat kepada ADUN bukan la dipandang sebelah mata atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tapi dek kerana terdapat step2 atau org gomen panggil prosedur2 yg perlu kita ikut. tue yg ambil masa sikit. ianya terbukti dgn pengumuman budget nie kan...

jadi kepada org2 yg suker sgt mengondem kat luar sana tue, tapi kedekut keluar duit sendiri... sendiri mau ingat la. klu masih rasa nak tukar kerajaan, terpulang... cuma perlu diingatkan... jgn dek kerana ketaksuban diri, masa depan anak cucu tergadai...

eh... terlebih melalut suda...

oh...satu lagi yg aku suker dengor...

pasal durian runtuh yang akan peneroka2 Felda dapat la. nie pon satu kes gak nie. generasi ke-2 bnyak gak yg kondem pengurusan Felda skang nie.. huh! ntah2 mak pak dorg tak tau pon anak2 dorg kutuk Felda.klu tau mau ditampo molot anak dorg. hu3... betul weh... generasi pertama Felda, aku yakin sgt berterima kasih pada Felda sebab taraf hidup mereka betul2 berbeza dari dulu. smpai kan org2  bukan Felda biler sebut jek 'peneroka' sama kan dengan 'org kaya' tau... ini realiti. aku sendiri biler ckp dgn org anak peneroka, selalu statement keluar..."ermm...mesti org senang nie.." seee.... 

tapi  tue la... biler kita sudah berada di dalam 'kawasan selesa" [comfort zone] terlalu lama, kita mudah leka. biler kita leka, kita lupa nak bersyukur....


0 comments: